AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 17 January 2013

~ OrIeNtAsI HaKiM - TaHuN 1/2013... ~



31 Disember 2012, Isnin. Hari pertama Muhammad Fikri Hakim menjejakkan kaki ke sekolah rendah.  Sekolah bermula pada 2 Januari 2013, hari tu adalah hari orientasi untuk tahun 1. Ianya bertujuan untuk membiasakan murid baru dengan suasana persekitaran sekolah. Hakim menjalani orientasi bagi murid Tahun 1 sesi 2013 di Sekolah Kebangsaan Telok Mas. Bermula pukul 8.30 pagi, kelihatan ibu bapa murid Tahun 1 datang bersama anak2 mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah.. Sampai kat sekolah, perkara pertama perlu buat, kena cek senarai nama anak aku duduk dalam kelas mana. Kedudukan kelas ni katenye untuk sementara dan ianya kekal selepas diadakan ujian nanti. Hakim telah ditempatkan di kelas 1 Arif. Memang aku menaruh harapan besar moga Hakim dapat fokus belajar dan dapat bimbingan yang berkesan dari para gurunya. Moga Hakim dapat terus mendaki ke puncak. Insya Allah…




Seronok bila tengok dia ceria dan berkobar-kobar nak masuk sekolah rendah ni... Lepas Hakim di bawa masuk ke kelas oleh guru kelasnya, terus aku cabut pergi beratur nak bayar yuran persekolahan Farra. Jenuh gak lah bila sorang2 gini. Lepas tu terkejar masuk Dewan Wawasan for taklimat pulak. Sebelum aku pergi, aku sempat perhatikan semua murid ceria dalam kelas masing-masing Kelakarnye ada jugak yang masih belum dapat berpisah dengan ibu dan ayah. Maka terjerit2lah mengamuk menangis2.







Usai taklimat, ke kelas Hakim untuk urusan seterusnya – mengisi borang dan bayar yuran mana yang patut.
Selesai orientasi sekolah Hakim, kita orang semua kelaparan, dah tak sempat lagi nak tunggu masak kat rumah, kita terjah kat kantin sekolah jerlah belasah bihun goreng+milo.




No comments:

Post a Comment