AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 15 November 2012

~ BaHaGiA SeBeNaR... ~



" Nampak happy, sentiase ceria jer... "

Hahahaha… ada plak yang menanya aku soalan tu pepagi hari? Mungkin sebab selalu nampak aku senyum dan ketawa barangkali?

Aku pun senyum sebagai memberi jawapan kepada soalan tu td. Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ni aku tak pernah langsung rasa sedih, down, kecewa, frust, stress dan seumpamanya. Tipu sangat. Sejujurnya, jika aku lihat hanya kepada kehidupan aku semata2 selama 34 tahun ini, aku ada terlalu banyak seban untuk kecewa atau frust atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah nak percayakan, tapi itulah hakikat, itu fakta rahsia aku. Setiap kali jatuh, aku pikir ada orang lagi teruk daripada aku, lagi mencabar kehidupannya daripada aku. Dan inilah cara yang aku guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, frust atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' aku dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan' nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan. Saat2 macam ni, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima & cara kita mengadap dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang dalam saat kekecewaan? 

Antara apa yang mampu dan boleh aku kongsi ialah :

1) sentiasa berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi & bencikan perasaan & tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah diri sendiri tidak sempurna semuanya.

2) senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata di pagi hari, ucapkan alhamdulillah dan senyum lah kepadanya, yang masih sudi memberi kita nyawa & kehidupan.

3) sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terima lah setiap kritikan demi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab & amanah yang diharapkan. Jadikan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik bukan punca stress.

4) ketepikan memikirkan benda2 yang remeh & kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara2 yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan, apatah lagi sesuatu yang kadang2 hanyalah mempunyai unsur negatif.

5) bergaul dengan mereka yang sentiasa positif & sentiasa berkata & beramal baik. Susah?  Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik & betul dari mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah dengan prinsip diri sendiri dalam berkawan.

6) lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah & kita betul? Lihat & cermin kembali diri sendiri, jangan mudah rasa diri cukup sempurna & sentiasa betul. Hidup ini, kita saling mengingati.

7) memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan dan jauhilah sekelumit pun perasaan kurang senang/dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukan kah setiap rezeki kita sudah ditentukannya? Berusaha & motivasikanlah diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

8) sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul dari setiap tindakan kita. Perlu berani? Ya, benar, tapi jangan sampai di masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

9) yang paling penting, sentiasa dekatkan hati dengannya. Sentiasa ingat, dia sentiasa melihat kita dan dia mahu kita sentiasa lurus di jalannya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan.

Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila setiap perkara yang kita lakukan dengan redha. Itulah erti bahagia yang sebenar. Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya mampu membuat terus tenang & terus berjalan meneruskan kehidupan. Percaya kuat Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambanya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment