AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Friday 16 November 2012

~ BiLa Hati CeRiA... ~



Bila hati ceria, semuanya yang dikerjakan rasa mudah jer
Bila hati ceria, semua masakan yang dimasak rase sedap jer kt tekak
Bila hati ceria, semua yang dilihat rase indah jer di mata
Bila hati ceria, semua yang didengar rase sedap jer kt telinga
Bila hati ceria, semua yang ada di tangan walau biase2 rase seperti itulah yang terHEBAT...


Ceriakanlah hati kita. insyallah hidup ini akan lebih indah walau banyak dugaan yang perlu diharungi sebagai pelengkap kehidupan. Bagaimana kaedahnya? Tanyela hati, mungkin hati akan berkata dengan ketenangan sahaja aku akan ceria. Bagaimana pula nak tenangkan hati? Kita pasti akan bertanya lagi dan lagi. Namun, aku pasti akhirnya kita akan berjumpa dengan satu sahaja jawapannya... ALLAH. Jika kita yakin dengan Yang Esa, hati kita akan aman dan tenteram kerana kita yakin Dia bersama kita dalam segala hal, dalam segala kesusahan dan kesenangan. Insyallah kita tak akan rasa takut untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kita tau hanya Dia yang akan menentukan segalanya...

No comments:

Post a Comment