AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 19 November 2012

~ MaHeNdI D JaRi... ~




Tak tahu kenapa bila pakai inai jer aku mesti suka sangat. Suka sangat-sangat. 
Nampak lawa je kuku bila ade warna merah2.
Jangan ingat nak kawen jer kena pakai inai.. Dah kawen pun boleh pakai tau! 
Lagipun bolehlah feeling2 pengantin baru. Gatai.. Kata buah hati... Hahaha..
Masa kecik2 dulu, setiap kali balik kampong mesti petik daun inai kat belakang rumah.
Pastu tumbuk dengan lesung batu. Letak nasi, arang dan cuka sikit. Apakah motifnya?? Nasi nak kasi inai lekat kat kuku. Cuka dan arang tu tak tahu apa motif.letak jerla da org suh letak..hahaha..maybe untuk bagi merah kot
Pastu bila inai tu dah kering sikit cepat2 pi letak air untuk basahkan
Motif?? Ntah lah. Kita main ikut orang buat jer. Hahahhaa
Aku suka bau inai daun.
Sekarang ni dah payah nak dapat inai daun pakai inai dari tiub pun jadilah...
Tentulah kaler dia tak secantik inai daun tapi mana lah nak cari inai daun kat sinikan.
Bau dia pun takkan sama dengan yang original.
Tapi tak kisahlah tu, asal hasilnya berwarna merah..hehehe
















Opppsss seandainye terlupe sebelum ni ade entry aku dalam blog ni mengenai hukum pemakaian inai bercorak. So untuk penjelasan aku sisipkan di sini yer.. Takut plak ade yang salah faham.

Hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak. Muzakarah telah memutuskan di antaranya bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.







No comments:

Post a Comment