AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 17 July 2013

~ MaSaK SeNdIrI, ItU LeBiH BaGuS... ~

Ramadhan adalah bulan yang dinanti2kan oleh seluruh umat Islam. Dlm bulan Ramadhan kite bleh dpt membuat ibadat dgn pelbagai ganjaran yang berlipat kali ganda. Arini msuk ari ke 8 dah umat Islam berpuasa. Selamat menunaikan kewajipan ibadat di bulan Ramadhan ini. Salam Ramadhan 1434H. Maaflah yer lambat wish… Semoga kita sama2 mendapat manfaat dan berkat dariNya. InsyaAllah…

Dilema mak2 macam aku di petang Ramadhan macam ni apa lagi kalau x memikirkan apa menu yang nak dimasak untuk berbuka puasa nanti. Alhamdulillah aku xde masalah bab berbuka dan bersahur. Semuanya aku masak sendiri. Walau pun aku hanye ade mase 1 jam 26 minit sahaja... Sebenarnya bagi aku memasak bukanlah rumit sangat berbanding memerah otak mencari idea untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk aku dan anak2. Jenuh gak otak ni memikirkan untuk mempelbagaikan sajian.

Bagi aku masak sendiri lebih bagus. Lagipun, masakan fresh nak2 dengan air tangan sendiri. Biarkan tak mewah makanannya tapi yang pentingnya berkat masak menyediakan juadah berbuka untuk org yang berpuasa itu fadhilatnye lebih besar, menjimatkan dan berkat. Lagipun rasa puas dapat makan masakan sendiri ni. Biasanya aku menyediakan masakan ayam, sotong, ikan dan paling kerap udang untuk anak2. Salah satu lagi sebab kenapa aku ingin memasak sendiri sesuatu yang istimewa adalah kerana sebagai ganjaran kepada anak2 yang berpuasa.   Biasanya aku akan memasak makanan kegemaran anak2  lebih berbanding pilihan tekak aku sendiri.  Mak2kan memang biasanya akan berkorban untuk anak2.

Anak2 aku ni jenis makan semua. Tapi kalau lauk tu cukuplah hanya sejenis.  So menu berbuka puasa hanya cukup dengan sejenis masakan utama sahaja. Ada ayam/ikan/udang/sotong/telur dan sayuran. Itu dah lebih daripada cukup untuk mereka.  Kalau ada lebih, memasing tak pandai nak makan yang mana. Mulalah terkais2 dalam pinggan.. Alamak bunyi dah macam ayamlah pulak… Makan tu memanglah makan. Habis licin dalam pinggan dibuatnye. Senang kejaan umminye nak mencuci. Hehehehe… Sebenarnye tekak aku ni pun sikit lebih kurang halal mereka jugak. Bagi aku kalau banyak sangat jenis lauknya, rasa makanan tu akan bercampur aduk jadi aku tak dapat nak menikmati rasa sepenuhnya… Hehehehhe…

Aku ni dah lama rasanye x letak entry lauk pauk kan..
asyik entry membebel jerrr… Biasalahkan, mak2..So u
ntuk hari pertama berbuka mesti sumenye excited nak masak macam2 kan.. Comfirm ade yang siap bergoogle bagai kannn..hehehe… Pening oooo ni baru hari pertama dah pening nak masak apa, kalau hari2 masak hari2 kena tengok En.Google..Hahaha…
Ni dia menu kami anak beranak untuk first berbuke puasa bagi tahun ni... Simple jer takde apa yang menarik pun… Sambal Sotong Kutita Getah, Daging Masak Kicap, Ketam Goreng Kunyit dan Buah Cempedak Di Luar Pagar Goreng…. Hehehehhe…













Ok, untuk menu berbuka akan datang tak taula lagi. Tunggu ajelah yer

No comments:

Post a Comment