AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 5 August 2013

~ KeHiLaNgAn D 18 RaMaDhAn 1430H... ~


Selepas 9 ari berlalu, baru aku trasa nak menulis. Ingin kucoretkan rasa hati. Rase hati seorang isteri yang kematian suami… Dia pergi buat selamenye, ketika seluruh dan sepenuh hati aku masih bersamanya. Ketika itu masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita2 dan harapan – Tetapi ajal maut datang memutuskan segala2nye dan semua yang aku inginkan. Ya, aku cuma hamba. Aku hanye mampu merancang, takdir adalah hak mutlakNya.
Hati merintih, mata menangis, mulut tersenyum. Itulah aku. Kesakitannya hanya Allah yang tahu..Walaupun dibibir menzahirkan senyuman. Tak mampu aku menzahirkan apa yang aku rasai benarnya. Aku hnya mampu mencoret. Sentiasa mendoakan buat yg tersayang.. Aku cuba untuk kuat, Tabah. Kuat untuk yang tersayang. Kuatkn aku ya Allah….
Fitrah di dunia setiap berlakunya pertemuan pasti akan di akhiri dengan perpisahan. Mungkin mudah aku untuk mengatakan perpisahan tetapi di dalam hati apa yang aku rasa akan perpisahan itu tak semudah seperti penglihatan orang kepada diriku.

Dalam dunia ni tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Begitu jugak dengan diriku. 18 Ramadhan 1434H/27 Julai 2013 genaplah 5 tahun arwah meninggalkan aku & anak2. Begitu pantas & cepat masa berlalu. Aku redha dengan segala ketentuanNya. Aku yakin Allah telah menuliskan yang TERBAIK untuk aku & anak2. Aku selalu mendidik diri supaya tidak terlalu berdukacita kerana bagi aku Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang yang tidak akan menzalimi hambaNya ini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah…

Tak penah aku bayangkan ini akan terjadi dlm hidupku. Keluargaku, anak2ku. 5 tahun dulu, kami semua selalu brsama. Tapi mungkin ini dugaan dariNya untukku. Tak pernahku bayangkan...

Kalau aku mengenangkan detik2 pemergiaannya kemungkinan besar aku xdapat nak berhentikan air mataku ini lagi... Dia telah pergi. Pergi meninggalkan kami. Pergi disaat aku amat memerlukannya. Pergi meninggalkanku buat slama2nya.. Al Fatihah... Hanya kekuatan dari Allah dan anak2 mnjadikan aku kuat disini.. Saat perpisahan terjadi, aku menerimanya dengan redha kerana sesungguhnya di dunia ini tak ada yang kekal & abadi. Aku tak mudah untuk mengungkapkannya dengan perkataan saat perpisahan itu benar2 terjadi. Apatah lagi apabila kehilangan itu adalah seseorang yang aku sayangi. Tempat aku berteduh dan berpaut. Kehilangan itu pastinya akan mengimbau kembali kenangan2 pahit manis bersamanya yang sudah pastinya telah terpahat dihatiku ini.

Allah uji aku dgn kehilangan insan tersyg disaat aku amat2 memerlukannya.. Allah.. Inilah hakikat yg perlu aku terima walupun berat telinga mendengar, berat lagi bahu nak angkut beban. Berat lagi kelopak mata nak tahan air yg bergelinang. Paling berat, ruang hati yg mahu menerima kehilangan itu.. Kenyataan yg sebenarnya susah untk ku terima... Bukan aku xtau hakikatnya, semua insan yg bernyawa pasti akan mati. Dan akan kmbali kpd penciptaNya. Aku sentiase teringat segala2nya tentang dia. Dia tetap ada dihati kami... Di dalam doa kami...

'Dia ada untuk kami, bezanya dia di seberang sana. Kami masih di dunia lg.. Tapi, dia selalu tunggu 'sms' dr kami semua... Kami akan sentiasa mngirimkanya. InsyaAllah ummi akan kuat.. Akan kuat utk jaga anak2...'
Aku akn cuba kuat utk anak2..Cuba tabah utk ank2.. Farah, Hakim, Nana, Myra, kita kehilnagan insan tersyg.. Allah amik ayah dengan baik... Semoga Allah permudahkan urusan ayah disana.. Aku akan kuat utk jaga anak2. Permata berharga yg kita ada sekarang... Allah, kau campakanlah sedikit kekuatan buat diriku... Moga aku kuat utk menerima hakikat yang insan tersayang telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya..

Ini semua ujian dr Allah.. Mungkin ada hikmahnya.. Hikmah yang aku xtau apa.. Dan bila... Ya Allah... Alhamdullilah, sepanjang hayatnya Allah bagi kesempatan terakhir untuk aku mendengar suara dia buat kali terakhir. Sempat menjaga dia semasa dia sakit di hospital. Diberi kesempatan juga utk mnjaga dia sehingga saat nafasnya yang terakhir...
Daripada perpisahan ini, aku mempelajari sesuatu iaitu di saat pertemuan aku dengan seseorang, aku akan bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas. Aku akan bangkit bagi meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini. Ingati Allah. Dunia ini hanya sementara. Allah hanya pinjamkan dia untuk aku merasa nikmat bahagia itu. Hanya doaku yang x putus2 ini buat dia.

Semoga ingatan anak2 kat arwah ayah mereka xluput diingatan. Kami sentiase mengiringi doa buat dia di sana. Senyuman dia. Gurauan dia... X mungkin aku mendengarnye lg..
Ayah… Ummi & ank2mu ini akan menjadi insan yang tabah. Sabar & sntiasa mndoakn ayah di sana. Kami akan kuat untuk harung segala2nye. Rindu kami takkan terhenti buat ayah. Moga Allah campakkan sedikit kekuatan dan ketabahan buatku… Amin2 Ya Rabbal Al Amin....

No comments:

Post a Comment