AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 27 November 2013

~ BaNdUnG : PaSaR BaRu... ~

Jika ke Bandung, tolong jangan lepaskan peluang untuk bershopping sakan di Pasar Baru yer. Mesti disumbatkan dalam checklist. Awal pergi lagi bagus. Bolehlah tengok macam mana suasana di pagi hari. Jalan yang sesak, cara pemanduan yang agak menyeramkan bagi kami 1 bas! Rugi sape pegi bandung tak masuk pasar baru. Dia punya suasana tu macam eeeaiaaaiiii,semua yang nampak nak diterjahlah.


Tengok, muka ceria jer, tak sabar nak pecah telor n perabiskan duit di Pasar Baru.. Hahaha... Pecah telor prkataan yang sentiase disebut oleh Peniage2 Jalanan di sini membawa maksud xbukak meniage lg. Semestinye best sebab boleh tawar menawar dan sangat murah. Kat Pasar Baru ni ada 8 tingkat yang menjual pelbagai jenis kain pasang, baju macam2 jenis, tudung, telekung, jubah, handbag dan macam2 lagilah…




Aku sempat la beli telekong yang kerawang2 tu dengan harga RM 20, kain pasang yang regenya dalam RM20-30 hinggit jer, kain batik sarung dan blouse. Ada pelbagai design, semuanya cantik. Rambang mata oiiii…Sangat berbaloi yer..!

Untuk beli kain pasang, wajib comfirmkan berapa meter n lerang berapa inci.  Sebab kalau dah terkena, Xckuplah nk buat baju.  Ape xnye, orang Indonesia comel2 jadi sebab itu kain pasang kurang dari kita yg over size ni.

Bagi aku bila aku dah suka dan hargenye berpatut2 sangat so aku akan beli terus. Aku xkan berangan nak survey sebab aku tak larat nak berpatah balik. Sejujurnya aku pun tak habis pusing. Harga ok, kualiti baik, beli terus. Kalau korang bijak tawar-menawar pula, korang pasti akan tersenyum puas kerana dapat berbelanja dengan lebih banyak...



Cuma yang tak bestnya ialah orangnya ramai dan perlu sentiasa berhati2 takut ditipu dan banyak pencopek. Kami telah diingatkan awal2 untuk menggalas beg @ letak di depan dada.
Ketika berjalan dalam Pasar Baru, hairan aku asyiklah ada yang dok mengekor nak menjual. Terutama yang jual keychain, frigemagnet dan sewaktu dengannya. Kat Sari Ater ngikut, kat depan factory outlet ikut, kat sini pun nak ikut jugak ker?
Tempat ni tersangatlah luasnya, memang tak habis nak pergi semua tempat dalam masa 1 hari. Rambang mata nak pilih memilih. Kami siap boleh sesat untuk balik tu. Dekat level yang sama pun boleh sesat yer, sebab tengok barang kiri kanan sama jer… Heheheh...
Dah hbs shopping satu kerja lak nak tunggu bas, kami melepak jer kat tangga Pasar Baru ni. Jem teruk kat sini, bukan stakat jem kenderaan jer... "Jem" dengan peniaga2 jual souvenir kat kaki lima. Ke hulu ke hilir diaorg ikut... Di+kan lagi plak dengan gelendangan yg mminta2 wang... Pening kepala aku aaiii... Ape2 pun, semestinya Pasar Baru adalah yang TERBAIK. Syurga membeli belah....

















No comments:

Post a Comment