AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 4 April 2012

~ BuRuNg & HuJaN... ~


Petang ni balik keje agak  lewatlah jugak. Biaselah bukannye terlebih ghajin, sebab musabab yang utamanye ape lagi kalau tak disebabkan dek driver yang lambat amik. So secara redha atau tidak terpaksalah jadi penunggu opis yang setia. Balik kali ini dalam keadaan cuace yang tak berapa nak elok, hujan beserta kilat sabung menyabung.. Di sepanjang perjalanan, xjenuh aku berastagfar, setiap kali terperanjatkan bunyi kilat yang berdentam dentum.

Bile dalam keadaan cuaca macam ni, deretan kereta jangan cakap.. Punyelah perlahan.. Seperti biaselah habit aku, acapkali berada di dalam kereta, semua keliling sebelah kiri aku perhatikan… Nak ilangkan rase bosan. Kadang2 tu dok lenguhlah jugak tengkuk leher aku ni. Tapi yang untungnye, dok galit perhati2 tup2 dah sampai Telok Mas, terase macam kejap jer sampai.. Ayat perli tu..
Berbalik pada pokok perkara yang nak disharekan. Dek kerane kereta bergerak perlahan ala2 siput babi dalam perhati2 tu aku ternampak 3-4 ekor burung tengah gigih berusaha
mengepak-ngepak sayapnye supaya boleh terbang
betul-betul. Dok perhati2 tu timbullah plak prasaan kesian tengok burung-burung tu.
Dengan bulu-bulu yang dah basah kuyup, di tambah pula
dengan hujan yang masih turun, mana mungkin burung tu mampu untuk terbang.

Aku rasa mungkin burung-burung tu dah mati kelemasan atau kesejukan atau mati sebab di lenyek tayar kereta yang meredah air. Pelajaran baru yang aku dapat dari apa yang aku nampak semalam, rupa-rupanya burung bila hujan lebat sangat, memang mereka kena cepat-cepat cari tempat berteduh sebab bila bulu mereka dah basah, mereka tak akan boleh terbang lagi. Walau semalam secara bergurau aku katakan dalam hati "hahhh...tulah, main sampai tak ingat dunia, dah tau nak ujan tak reti-reti nak balik, kan dah basah, kan dah tak boleh nak terbang balik" tapi malam ni sebelum melelapkan mata aku terpikir pula apa lah yang terjadi kat burung-burung tu semalam? mati ke hidup ke?

Kalau dulu time kecik2 pernahlah jugak aku berangan nak jadi burung sebab boleh terbang bebas ke mana saja, tapi sekarang nikan hasil dari kejadian tersebut dah tak mahu ler aku nanti jadi ler plak macam burung tu.. Bersyukurlah ape yang telah ade sekarang ni… Sebaik2 n seelok2 kejadian Allah… Alhamdulillah…


No comments:

Post a Comment