AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 1 March 2012

~ SiFaT2 HaTi... ~

Aku terbace artikel kat paper ni haaa.... Terase tertarik plak bile membace tajuknye. Artikel ini perihal mengenai hati.. Sifat ingin tau tu n perasaan meneruskan pembacaan makin meluap2 disebabkan kerana aku nye ati nikan x brp nak elok n bagus... Bile bace listing yang disenaraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah mengenai perihal perangai n peribadi manusia yang lahirnye pada bulan Oktober ni, secara jujurnye tertelan air liurlah jugak. Ape xnye, kene buku dengan ruas lah.. Hehehehhee.... So, mohlah kite share ilmu sesame k..


Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.

Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)


Sifat-sifat mahmudah, antaranya ialah Jujur, Ikhlas, Tawadhuk, Amanah, Taubat, Sangka baik, Pemaaf, Pemurah, Syukur, Zuhud, Tolak ansur (timbang rasa), Sabar, Redha, Berani, Lapang dada, Lemah lembut, Kasih sayang, Selalu ingat mati, Tawakal, Takut Allah




Semoga kita dijauhkan dgn perkara2 yg tidak baik. Reminder to myself too.


 


Sifat-sifat mazmumah di antaranya ialah Riak, Ujub, Sum’ah, Takabur atau sombong, Hasad dengki, Pemarah, Dendam, Bakhil, Penakut, Cinta dunia, Gila pangkat, Gila puji, Jahat sangka, Putus asa, Tamak

No comments:

Post a Comment